Gano Excel

Gano Excel merupakan peneraju utama industri pemakanan kesihatan berasaskan Ganoderma Lucidum (lingzhi) di Malaysia dan juga syarikat MLM tempatan tunggal yang komited dalam menjayakan 'Ganoderma Immunology' di peringkat antarabangsa. Jaringan penyelidikan, penanaman, pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran produk yang diuruskan sendiri telah mengukuhkan lagi kedudukan Gano Excel dalam industri MLM di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 1995, Gano Excel hanya beroperasi di sebuah lot rumah kedai yang disewa di Mergong, Alor Setar, Kedah dengan memasarkan 3 produk utama iaitu Ganoderma, Excellium dan Gano Cafe 3in 1. Gano Excel terus bertatih dengan gigih tanpa mengenal erti penat dan lelah. Hasilnya kini, Gano Excel merupakan sebuah syarikat gergasi MLM yang dikenali di Malaysia dan dunia serta memiliki beberapa siri produk meliputi produk kesihatan, produk minuman kesihatan, produk penjagaan diri dan produk penjagaan rumah.

Gano Excel turut memiliki prasarana terbaik seperti kompleks industri yang bernilai lebih RM20 juta yang memenuhi standard piawaian antarabangsa serta mendapat pengiktirafan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dan 'Amalan Perkilangan Baik' (GMP). Pengiktirafan ini telah mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kawalan mutu dan kebersihan serta kualiti dalam menghasilkan produk Gano Excel.

Memiliki Ladang Organik Ganoderma Terbesar Dunia merupakan kebanggaan utama Gano Excel. Ladang Organik Ganoderma Gano Excel telah diiktiraf oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui penganugerahan sijil Skim Organik Malaysia (SOM). Ladang Organik Ganoderma milik Gano Excel ini mempunyai 100 buah 'rumah hijau' yang setiap satunya mampu memuatkan 30,000 kuntum Ganoderma. Dua prasarana hebat ini membuktikan kepada masyarakat di Malaysia dan dunia bahawa Gano Excel tetap dan terus komited menghasilkan produk-produk berasaskan Ganoderma yang bermutu tinggi untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Gano Excel kini telah menjadi sebuah syarikat multinasional yang dikenali di peringkat global. Kejayaan yang dikecapi kini bukan diperolehi dalam sekelip mata. Ianya hasil kerjasama erat usahawan dan pihak syarikat. Pihak pengurusan sentiasa memberi komitmen tinggi dalam memastikan para usahawan Gano Excel mengecapi kejayaan dalam mengejar impian kehidupan. Gano Excel berbangga kerana telah berjaya mengubah kehidupan ramai orang baik dari segi kesihatan mahupun sosio-ekonomi. Inilah sumbangan terbesar Gano Excel terhadap masyarakat dimuka bumi ini.

'Membawa Kesihatan dan Kekayaan kepada Setiap Keluarga' merupakan visi yang didokong oleh keluarga besar Gano Excel. Dan pegangan falsafah korporat 5K iaitu Kesihatan, Kekeyaan, Kejayaan, Kebajikan dan Kebahagian tetap kemas dan utuh dalam mengharungi cabaran di dalam dunia perniagaan MLM.