Falsafah Korporat 5K

Sebagai sebuah syarikat korporat yang mempunyai misi dan visi yang jelas, Gano Excel sentiasa komited untuk mencapai misi dan visi yang telah dirancang. Berfalsafahkan 5K iaitu Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan, Kebajikan dan Kebahagiaan, Gano Excel mempunyai misi terancang iaitu Membawa Kesihatan dan Kekayaan Kepada setiap Keluarga. Definisi 5K diterjemahkan dalam bentuk seperti berikut:-

  • Kesihatan rohani dan jasmani yang optimum adalah faktor ke arah mencapai kesempurnaan hidup yang sejati. Gano Excel komited dalam usaha mewujudkan masyarakat yang aktif dan progresif.
  • Kekayaan spiritual dan ekonomi menentukan kehidupan yang sejahtera. Gano Excel sentiasa mendorong dan membimbing anda mencapai impian yang gemilang ini.
  • Kejayaan hanya boleh dikecapi apabila tercapainya matlamat hidup. Gano Excel membantu anda dalam usaha mencapai matlamat hidup melalui kemajuan berterusan dari segi komunikasi, pertalian sesama insan, daya kepimpinan dan optimis.
  • Kebajikan masyarakat adalah tanggungjawab sosial yang harus dipupuk dan diterapkan oleh setiap insan. Gano Excel bertekad untuk melahirkan masyarakat penyayang.
  • Kebahagiaan adalah matlamat hidup yang berterusan. Gano Excel bersyukur dengan rahmat yang dianugerahkan dan sedia menikmatinya bersama semua insan.

Berpandukan Falsafah Korporat 5K ini, Gano Excel sentiasa berada di atas landasan yang betul untuk bersama dengan anda meneroka alaf baru ini dengan lebih efisien dan proaktif. Gano Excel berbangga dengan pencapaian yang dikecapi selama ini hasil komitmen bersama dengan anda untuk mencapai Falsafah Korporat 5K.