KOMPLEKS KILANG GANO EXCEL INDUSTRI

Kompleks Gano Excel Industries Sdn Bhd yang bernilai lebih RM20 juta ini telah mendapat sijil HACCP ( Hazard Analysis and Critical Control Point ) dan memenuhi standard piawaian antarabangsa serta mendapat pengiktirafan ‘Amalan Perkilangan Baik’ ( Good Manufacturing Practice – GMP ). Pensijilan GMP ini merupakan pengiktirafan rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas Gano Excel kerana telah berjaya melaksanakan dan mengamalkan semua kriteria skim pensijilan GMP secara efektif dan berterusan bagi semua peringkat bermula dari peringkat pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengedaran.

Ini membuktikan usaha Gano Excel untuk sentiasa memastikan produk yang dihasilkan dan dipasarkan menepati standard ciri-ciri piawaian yang telah ditetapkan, berkualiti tinggi dan selamat digunakan.

JAMINAN KUALITI, KESELAMATAN & PENYEDIAAN PRODUK
Komitmen Gano Excel terhadap jaminan kualiti dan penjagaan kebersihan di setiap bahagian pemprosesan produk menjadi keutamaan dan prinsip utama yang sentiasa dititikberat dan dipraktikkan.

  • Bilik Salinan :
    • Setiap staf diwajibkan untuk menukar pakaian seperti yang telah ditetapkan sebelum memasuki bahagian penyediaan kapsul iaitu memakai baju khas makmal, penutup kepala, topeng muka dan sarung kaki.
    • Sebelum memakai sarung tangan, setiap staf wajib mematuhi peraturan 6 langkah cuci tangan seperti yang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
    • Air Shower :
      • Bagi tujuan pembersihan dan pembasmian kuman dan kotoran, setiap staf yang sudah lengkap mematuhi pakaian yang ditetapkan perlulah dibersihkan di dalam bilik ‘Air Shower’ dengan semburan angin sebelum memasuki bahagian penyediaan kapsul.
    • Bilik Penyediaan Kapsul & Tablet :
      • Serbuk Ganoderma akan dimasukkan ke dalam kapsul secara automatik. Setiap mesin automatik dapat menghasilkan sebanyak 50,000 biji kapsul dalam tempoh 1 jam dengan purata penghasilan sebanyak 900 biji dalam tempoh 1 minit.
    • Bilik Pembersihan Kapsul :
      • Mesin ini digunakan untuk tujuan membersihkan badan kapsul daripada lebihan serbuk Ganoderma yang melekat pada badan kapsul selepas proses pengisian serbuk Ganoderma ke dalam kapsul.
    • Bilik Makmal & Bilik Simpanan Sementara :
      • Kapsul yang sudah dibersihkan akan dihantar ke makmal bagi tujuan ujian makmal. Ujian ini penting untuk memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan kualiti produk dapat dijamin.
      • Kapsul yang sudah lulus ujian makmal akan disimpan di bilik simpanan sementara sebelum dihantar ke bahagian pembungkusan produk.
    • Bahagian Pembungkusan & Logistik :
      • Langkah terakhir pemprosesan kapsul adalah membungkus botol dengan Shrink Pack untuk tujuan pengawalan kualiti. Produk yang sudah siap akan disimpan di bahagian logistik untuk pengedaran.