Mesej Lembaga Pengarah

SELAMAT MENYERTAI KOMUNITI PERNIAGAAN GANO EXCEL

Tahniah dan Selamat Datang ke Komuniti Perniagaan Gano Excel. Anda telah memulakan langkah pertama untuk mencapai impian hidup dengan menyertai kami. Gano Excel, nama yang gah di pasaran Multi Level Marketing sejak lebih sedekad yang lalu merupakan syarikat bertaraf antarabangsa. Banyak kejayaan telah ditempa oleh syarikat dan para usahawan dalam tempoh masa tersebut. Kami mengalu-alukan anda untuk sama-sama merealisasikan impian memperolehi Kesihatan, Kekayaan, Kejayaan, Kebajikan dan juga Kebahagiaan demi masa depan yang lebih cemerlang.

Kami amat berbesar hati dengan komitmen para usahawan yang tidak mengenal erti jemu bersama-sama dengan syarikat mendaki menara kejayaan. Kejayaan yang telah dikecapi oleh para usahawan telah membuktikan kepada masyarakat bahawa bidang Multi Level Marketing ini merupakan bidang yang unggul untuk insan biasa menjadi insan luar biasa. Sokongan yang padu dan jitu daripada syarikat merupakan elemen paling penting dalam merealisasikan kejayaan tersebut. Sebagai peneraju utama dalam bidang penyelidikan, penanaman, pemprosesan hinggalah ke peringkat pemasaran, kami sentiasa komited untuk mempersembahkan barisan produk-produk yang berkualiti tinggi, selamat, bersama satu sistem pelan pemasaran yang unik dan dinamik. Kami juga sentiasa mengemaskini dan mempertingkatkan Gano Excel Success System (GESS) agar ianya sentiasa relevan dengan perkembangan terkini dan seterusnya dapat membantu para usahawan mencapai kejayaan.

Gano Excel berbangga dengan Ladang Organik Ganoderma Gano Excel yang merupakan ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia dan telah mendapat pengiktirafan Sijil Organik Malaysia (SOM). Kompleks Gano Excel Industri juga telah dianugerahkan sijil GMP dan HACCP. Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan kami dalam memasarkan produk-produk yang berkualiti tinggi. Perkembangan yang positif ini telah meyakinkan kami bahawa Gano Excel berupaya untuk terus mengembangkan pasarannya ke luar negara. Syarikat kini telah melebarkan sayapnya ke 68 buah negara di dunia ini dan semakin berkembang. Ianya suatu pencapaian yang mengkagumkan bagi syarikat yang berasal dari Malaysia.

Fokus utama kami ialah mewujudkan perniagaan hari ini adalah untuk hari esok. Kewibawaan dan keagresifan usahawan beserta semangat yang membara bakal menjadikan Gano Excel sebuah syarikat yang unggul dalam bidang Multi Level Marketing. Adalah menjadi keutamaan kami untuk memenuhi kepentingan dan keperluan dengan melabur idea baru dalam usaha memberi persembahan yang terbaik. Harapan dari kami agar setiap individu dapat mempertingkatkan taraf hidup sendiri dan membantu yang lain kerana kejayaan ini akan membawa kita semua ke puncak yang lebih gemilang.