REISHI GOLD

  • KKLIU Code: 0711/2014
  • MAL 08080010T

Reishi Gold adalah produk makanan kesihatan keluaran Gano Excel yang dihasilkan daripada kombinasi 6 spesis Ganoderma lucidum berteraputik tinggi yang ditanam menggunakan kaedah tisu kultur dan 100% organik di Ladang Organik Ganoderma terbesar di dunia yang dimiliki oleh Gano Excel. Menggunakan medium penanaman yang mempunyai zat pemakanan yang tinggi dan organik seperti sekam padi, tepung beras perang, kacang soya dan serbuk kayu getah dengan kaedah gantungan serta kelembapan suhu dan pendedahan cahaya matahari yang terkawal agar dapat menghasilkan Ganoderma lucidum berteraputik tinggi. Tiada sebarang bahan kimia, racun serangga atau bahan hormon digunakan.

Ganoderma lucidum merupakan herba yang digunakan secara tradisional dalam perubatan Tionghua seawal pemerintahan Maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang lebih 5,000 tahun yang lalu. Dalam teks perubatan herba purba cina ‘Shen Nong’s Herbal Classic’ mengklasifikasikan Ganoderma lucidum sebagai Herba Tonik (Gred 1) iaitu ‘Superior Herb’ kerana ia mempunyai unsur ‘Adaptogen’ yang tidak bertoksik dan bebas daripada kesan sampingan, tidak spesifik dan bertindak secara menyeluruh dalam memperbaiki kesihatan tubuh badan. Pengambilan secara berterusan dapat membantu tubuh mencapai tahap kesihatan yang optimum.


Cadangan Pemakanan

  • Dewasa:1 – 2 kapsul,2 kali sehari
  • Untuk pesakit ulser dan gastrik ambil selepas makan
  • Untuk hasil yang optimum,disyorkan ambil bersama Excellium Gold dan Sakanno